Tirai hati

Biar hati berbicara..
Bicara dengan mata hati dan fikiran itu lebih baik daripada berbicara dengan lisan kerana yang paling tajam di dunia adalah lidah.. Jaga hati, jaga lisan. Biarkan hati melakar kata2 melalui tinta pena...

Thursday, June 25, 2015

wanita

WANITA

Akalmu senipis bilahan rambut, tebalkan ia dengan limpahan ilmu.
Jua hatimu bak kaca nan rapuh, kuatkan lah ia dengan iman yang teguh.




Tercipta engkau dari rusuk lelaki,

bukan dari kaki untuk dialasi

bukan dari kepala untuk dijunjung

tapi dekat di bahu untuk dilindung

dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi.


Wanita.. 
Berbahagialah kita insan yang bernama wanita.. Lembutnya pribadi bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari tuhan.. Bahkan itulah sebagai hiasan kecantikan.. Walaupun akal kita satu, tapi kita mampu untuk menjadi wanita yang berilmu.. Kann?? Walaupun hati kita sensitif, tapi kita mampu kuat hadapi setiap dugaan.. Kann?? 

Macamana tuu?
Akal dan hati kita serahkan sepenuhnya kepada ALLAH.. Kita akan hebat kerana kita datang dari Yang Maha Hebat.

Walaupun kita datang dari kayu yang bengkok, namun kita boleh berusaha untuk jadi lebih baik.. Wanita solehah memang susah nak jumpa bak kata si dia.. Tapi, kita cuba untuk jadi insan istimewa yang disebutkan si dia itu.. 

Mungkin dulu kita pernah lalai dan leka. Lupa pada pencipta. Lupa pada kasih sayangNYA.. malah kita mudah terpengaruh dengan duniawi.. memang betul pun kan?? sebab kita manusia.. Tapi itu bukan alasan kita yang jahil dulu x bleh nk jdi wanita solehah untuk masa skarang ni.. 

Bak kata omputeh,
Learn from yesterday
Live for today
Hope for tomorrow..

So, means that kita boleh belajar daripada kesilapan lalu untuk jadi lebih baik pada hari ini.. and ada matlamat untuk perbaiki diri untuk esok hari.. Jangan hiraukan apa orang nak kata.. sebab kita berubah jadi baik bukan kerana orang, tapi kerana Pencipta kita. 

***jUm delete kisah silam yang dulu.. Tanam azam untuk jadi wanita istimewa..



Duhai jiwa yang tenang,

Fikir sejenak jumm..

Kita hanyalah peminjam dan akan pulangkan pinjaman ini pada Penciptanya..
Jasad dan anggota, itulah pinjaman kita..
Adakah kita menjaga pinjaman ini dengan sebaiknya sebelum ia dikembalikan pada Penciptanya...
Bila2 masa Penciptanya akan mengambil pinjaman ini..
Bersediakah kita memulangkan pinjaman ini??
Amanahkah kita dalam menjaga pinjaman dari ALLAH ini??
Allahurabbi.. Yang paling berat di dunia adalah amanah.. Amanahkah kita..

Rasulullullah SAW bersabda:

Pertama : Memikirkan penciptaan tujuh petala langit dan bumi oleh Allah SWT akan mendapat  kebaikan (pahala)  seolah-olah beribadah selama setahun.

Kedua : Memikirkan tentang kematian, seksa kubur dan kehidupan di alam barzakh akan mendapat kebaikan (pahala) seolah-olah beribadah selama 70 tahun.


~muhasabah diri, celik mata hati~


















Sunday, June 21, 2015

Siapakah mahram kita

Siapakah mahram kita

Mempunyai keluarga besar dan ramai memang best kan?? Nak2 time ada event ke semua pakat mai smbut same2.. wahh.. meriah je.. Tapi, keluarga besar, batasan aurat ssama saudara pon besar la jgak yerk.. Wjib jage smua tu.. Rapat mcam blangkas pon kite sesama mreka, kena cntrol gak brader.. jum sama2 menjaga batas pergaulan sesama bkan mahram.. Abis tu sape plak yg jdi mahram kite?? haa.. ni dye mahram kita... Kite xleh kawin, tapi boleh la brtepuk tmpar ssuke ati korang.. hehe..

Hukumnya ada di dalam Al Quran:

Surah An Nisa ayat 23 :

Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

*** Sila ulang bace smpai pahamm..



Jum nengok gambar bawah ni.. ni hasil imagination ak.. jeng3..krek2. haha. Ak copy paste gak nih.. Sharing is caring right.. Dear ladyss, jum peratiii nih.. 


***Fokus kat Me, then korang imagine la Pak long, mak ngah, mak ucu n sgale bgai kesayangan tuh.. snang sikek kann.. #Practice makes perfect 

Dah taw kan canee, ayuh kite jaga smua tu.. Bak kate dye " Renung2 kan slamat beramal" :) In shaa Allah.

Tirai hati : Ramadhan Kareem!

Tirai hati : Ramadhan Kareem!: Alhamdulillah... Ramadhan Kareem semua! A fully Bless month =) Moge2 puasa kita diterima olehNYA.. Aamiin. Mujahadatunnafsi! In sha...

Tirai hati : Kreatif hiasan wall

Tirai hati : Kreatif hiasan wall: I luv butterfly & any beauty flies.. Lawa kan dye punye hiasan.. woo..ceria je. Ase nak conteng je wall kat umah ni.. Mesti daebakk ...

Doa para nabi

Doa para Nabi kita

Jum sama-sama amal.. in shaa Allah















   
                                      


Kreatif hiasan wall

I luv butterfly & any beauty flies..

Lawa kan dye punye hiasan.. woo..ceria je. Ase nak conteng je wall kat umah ni.. Mesti daebakk tngok hsil lukisan tngan sndiri! tu pn klau jdi..haha.

haa.. bird pon ak sukee nengok.. xdpat conteng wall ruang tamu, blik tidow pon jadii.. suke ati laa.. tenang je~

Butterfly lagiii.. i luv dis.. Seumpama rama2, trbang bbas d udara tanpa ada halangan~ acecee.
Nyanyi.. sore xsedap xpe.. sndri punye tlinga yg dngar..huhu.

**one day ada rumah sndri bleh ler wat mcam ni.. kreatiff sikek.

Ramadhan Kareem!


Alhamdulillah...

Ramadhan Kareem semua! A fully Bless month =)

Moge2 puasa kita diterima olehNYA.. Aamiin.

Mujahadatunnafsi! In shaa Allah.

Puasa keranaNYA, puasa menahan zahir dan batin drp mlakukan pkara yg mnurunkan kg pahala pose kite.. Jaga hati, puasa with iman. ekk, mcam pnah dengar jek punchline tuh..hee. Slamat bpose u olls!