WANITA
Akalmu senipis bilahan rambut, tebalkan ia dengan limpahan ilmu.
Jua hatimu bak kaca nan rapuh, kuatkan lah ia dengan iman yang teguh.
Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat di bahu untuk dilindung
dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi.
Wanita..
Berbahagialah kita insan yang bernama wanita.. Lembutnya pribadi bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari tuhan.. Bahkan itulah sebagai hiasan kecantikan.. Walaupun akal kita satu, tapi kita mampu untuk menjadi wanita yang berilmu.. Kann?? Walaupun hati kita sensitif, tapi kita mampu kuat hadapi setiap dugaan.. Kann??
Macamana tuu?
Akal dan hati kita serahkan sepenuhnya kepada ALLAH.. Kita akan hebat kerana kita datang dari Yang Maha Hebat.
Walaupun kita datang dari kayu yang bengkok, namun kita boleh berusaha untuk jadi lebih baik.. Wanita solehah memang susah nak jumpa bak kata si dia.. Tapi, kita cuba untuk jadi insan istimewa yang disebutkan si dia itu..
Mungkin dulu kita pernah lalai dan leka. Lupa pada pencipta. Lupa pada kasih sayangNYA.. malah kita mudah terpengaruh dengan duniawi.. memang betul pun kan?? sebab kita manusia.. Tapi itu bukan alasan kita yang jahil dulu x bleh nk jdi wanita solehah untuk masa skarang ni..
Bak kata omputeh,
Learn from yesterday
Live for today
Hope for tomorrow..
So, means that kita boleh belajar daripada kesilapan lalu untuk jadi lebih baik pada hari ini.. and ada matlamat untuk perbaiki diri untuk esok hari.. Jangan hiraukan apa orang nak kata.. sebab kita berubah jadi baik bukan kerana orang, tapi kerana Pencipta kita.
***jUm delete kisah silam yang dulu.. Tanam azam untuk jadi wanita istimewa..
Duhai jiwa yang tenang,
Fikir sejenak jumm..
Jasad dan anggota, itulah pinjaman kita..
Adakah kita menjaga pinjaman ini dengan sebaiknya sebelum ia dikembalikan pada Penciptanya...
Bila2 masa Penciptanya akan mengambil pinjaman ini..
Bersediakah kita memulangkan pinjaman ini??
Amanahkah kita dalam menjaga pinjaman dari ALLAH ini??
Allahurabbi.. Yang paling berat di dunia adalah amanah.. Amanahkah kita..
Rasulullullah SAW bersabda:
Pertama : Memikirkan penciptaan tujuh petala langit dan bumi oleh Allah SWT akan mendapat kebaikan (pahala) seolah-olah beribadah selama setahun.
Kedua : Memikirkan tentang kematian, seksa kubur dan kehidupan di alam barzakh akan mendapat kebaikan (pahala) seolah-olah beribadah selama 70 tahun.
Kedua : Memikirkan tentang kematian, seksa kubur dan kehidupan di alam barzakh akan mendapat kebaikan (pahala) seolah-olah beribadah selama 70 tahun.
~muhasabah diri, celik mata hati~


No comments:
Post a Comment